"Salah satu daripada rahsia kejayaan dalam segala lapangan ialah memberi apa yang dihajatkan ramai dan bukan memaksa ramai menerima yang kita fikirkan. The public is always right."
"Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya."
On the short film 'Damaq' part of 'Ragam P Ramlee' (1965)
"'Damaq' memang satu daripada tiga jenis hidangan yang akan menghiasi 'Ragam' saya. Saya tidak mengarah lebih awal kerana beberapa sebab walaupun lakon layarnya sudah disiapkan dalam tahun 1963. Sebab pertama, skrip yang saya cipta itu mementingkan watak yang mengikut tilikan saya hanya tepat dan sesuai untuk Kasma Booty. Tapi Kasma tidak dapat dibawa ke Singapura kerana sibuk dalam filem keluaran Studio Merdeka. Sebab kedua, 'Damaq' mementingkan latar belakang yang susah didapatkan kalau penggambaran di sekitar Singapura. Dan sebab ketiga, 'Damaq' adalah satu kisah drama lama yang lahir dari ilham Allahyarham H M Rohaizad. Banyak kali dipentaskan di radio, sandiwara dan televisyen. Dan untuk menghasilkan keistimewaan yang luar biasa ini memerlukan masa yang panjang."
On the film 'Sabarudin Tukang Kasut' / 'Sabarudin The Cobbler' (1966)
"Filem ini adalah hasil pemikiran yang mendalam, pengalaman yang meluas dan pengkajian yang halus, teliti dan bertanggung jawab."
On the film 'Do Re Mi' (1966)
"Apabila saya buat cerita komedi, skrip saya miskin dengan kata bual. Segala-galanya itu akan dibuat 'on the spot' (secara spontan)."
On the film 'Keluarga 69' / 'Family 69' (1967)
"Filem ini bukan saja ingin menggeletek hati penonton ketawa dengan gara-gara jenaka, menangis dengan gambaran dramanya tetapi juga ingin menarik perhatian penonton terhadap banyak perkara hidup yang disunting dari alam kenyataan untuk manjadi bahan fikiran. Kerana, hanya dengan mengetahui akibat sesuatu perkara yang buruk itu saja, keinsafan akan menjelang."
On the film title for 'Kanchan Tirana' (1969)
"Kanchan berasal dari perkataan Sanskrit. 'Kanchana' bererti emas dan 'Tirana' ialah perkataan Sanskrit juga bermaksud cahaya. Kalau hendak perkataan Sanskrit sepenuhnya ia menjadi Kanchana Tirana. Saya ubah sedikit untuk mudah disebut dan menarik bunyi menjadi 'Kanchan Tirana'."
Tan Sri P Ramlee
No comments:
Post a Comment